PUMM Negeri Sembilan State Liaison
By Pumm Negeri Sembilan Follow | Public

PUMM Negeri Sembilan State Liaison

Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Secara ringkasnya, PUMM adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1993. PUMM adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan dan ianya adalah sebuah pertubuhan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ianya terbuka kepada semua usahawan-usahawan di Malaysia. Tujuan organisasi ini adalah untuk membina satu rangkaian antara ahli-ahli untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang masing-masing dengan bantuan dan peluang yang wujud dalam persatuan ini di masa yang akan datang. Objektif utama penubuhan PUMM adalah untuk menyediakan satu asas ataupun platform bagi para usahawan, terutamanya mereka yang berada dalam sektor Small & Medium Industries (SMI) dan Small & Medium Enterprise (SME), untuk turut sama berkongsi idea, pengalaman, pengetahuan, dan impian. Platform ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang-peluang baru melalui seminar, forum, bengkel, dan lain-lain acara yang akan dianjurkan oleh PUMM di masa hadapan. PUMM juga menggalakkan belia-belia Malaysia untuk sentiasa kekal dengan menguatkan semangat supaya dapat mereka hadapi cabaran global yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pumm.my